Mar 25, 2016

Penghulu Segala Hari !





Antara sunnah pada hari Jumaat. Sekadar perkongsian :)


1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)


Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”

(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid

Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”

(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib

Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”

(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah

“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi

Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)







Harap dapat dimanfaatkan . Ok see u ! Assalamualaikum 

Mar 24, 2016

Baju kahwin songket !



Assalamualaikum dan selamat pagi ❤❤




Sekarang nie aku duk survey survey baju kahwin.hehehe. Walaupun belum ditetapkan tarikh bila nak kahwin. Tak salah kan ? Hahaha.

Yang penting aku happy. Kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukannya, betul kan ? Cuma aku minta korang korang doakan supaya perancangan aku dipermudahkan yea. Sayanggg korang ! ❤❤

Berbalik pasal baju kahwin. Aku nak sangat pakai BAJU KAHWIN SONGKET nanti. Sebab apa? Sebab aku rasa baju songket nie nampak kemelayuan sangat dan nampak lagend.hehe. Bak kata lain nampak tradisional sangat.







Ok bai !








Mar 5, 2016

Setiap yang berlaku ada hikmahnya !



Assalamualaikum dan Selamat Tengah Malam ! Hehe



"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."



Bagi aku dalam kehidupan jangan cepat berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Jika niat kita baik, InsyaAllah dengan izin-Nya kita akan merasa kebahagian dalam hidup.






Mar 4, 2016

Jatuh Cinta Dengan Wedding Dress Anzalna !



Assalamualaikum dan Selamat Petang :)


Bagi aku bila time kahwin nie tak perlulah membazir sangat tak perlulah di sponsor jutaan ringgit. Yang penting ianya perlu DIINGATI :)


Tipulah kalau korang tak fall in love dengan wedding dress Anzalna nie. Tersangatlah cantik. Aku tengok kali pertama terus melting tau.hehe. Kena pula dengan si pemakai dia. Lagilah terserlah kecantikan dress itu.




Menurut Anzalna, gaun pengantinnya dia ni direka oleh Teuku Putra Aziz Cosry (Instagram : @putraaziz_cosry). Manakala materialnya pula handpainted silk with generously dash of swarovski glittered oleh @gerekitualia dan @ijartemir. Dan gaun pengantin Anzalna ni diilhamkan dari Barbie Mariposa, butterfly fairy yang sangat cantik dengan gaun-gaunnya yang diperbuat daripada sayapnya sendiri. Sayap Barbie Mariposa nie apabila diturunkan akan menjadi gaun seperti kelopak bunga.



Ok bai !