Feb 28, 2016

Datin Lara Alana ke ?



Assalamualaikum dan Selamat Pagï :)

Aku dari Lara nie kecil sampai la sekarang, tak pernah aku tak suka kat dia tau. Hari-hari aku pergi stalk intagram dia. Follower instagram dia bukan main ramai bak angg.hahaha. Umur baru 2 tahun tapi follower dah cecah angka juta. Kau hadoo ?? Hehe.

Nie sedikit biodata Datin kita nie.

Nama: Lara Alana Binti Ahmad Awaluddin
Tarik Lahir: 22 Julai 2014
Intagram: https://www.instagram.com/laraalanaa/




Nak tengok gambar Datin kita nie lagi boleh la search Instagram @laraalana. Hari-hari mesti ada gambar terbaru. Serenok tengok si kecil nie membesar dengan penuh kasih sayang Awal dengan Scha. 


Ok bai ! Chow chin chow :)
















Feb 25, 2016

Wedding !




Counting ! Semoga dipermudahkan segalanya :)




Feb 24, 2016

Cantik melecun dengan Vitamin C !



Assalamualaikum dan Selamat Tengahari :)


Ramai yang tahu kan, vitamin c nie baik untuk kulit. Aku sure lah ! Dulu aku cukup tak suka makan supplement atau lebih senang dikaitkan dengan makanan tambahan.

Badan kita nie actually perlukan sesuatu untuk nuetralkan balik toksik-toksik dalam badan. Bila dah terlalu banyak toksik dalam badan mulalah badan cepat penat, muka naik jerawat, selalu rasa stress. Ini apa yang aku rasa lah tau. Tapi sebab lain adalah berpunca dari kerja aku juga.hahaha.

So, bila dah banyak simptom simptom yang negative , dan paling ketara muka aku penuh dengan jerawat (sebelum nie lah) tapi sekarang dah okayy, apa yang aku buat adalah aku ambil supplement. Aku cuba makan VITAMIN C. Disebabkan aku PENGEDAR SAH SHAKLEE, dan malas nak fikir jenama apa yang bagus, aku pun cubalah makan VITAMIN C SHAKLEE. Alhamdulillah banyak perubahan yang aku rasa.


Kalau macam tu, meh baca antara kebaikan vitamin c nie.


Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun 
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser 
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit 
Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia 
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat 
Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



Kalau ada yang salah tolong betulkan yea. Thank you :)


Ok bai ! Chow Chin Chow





Feb 23, 2016

Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie



Assalamualaikum dan Selamat Malam :)



Tak salah mencuba.hehe. Kalau korang rasa nak turut serta, just klik banner atas okey ! 👆👆👆


Okey bai, chow chin chow !

Feb 22, 2016

Apa yang ada dengan Green Tea ?



Assalamualaikum dan selamat malam :)


Siapa dekat sini suka minum air GREEN TEA? Angkat tangan cepat ! Kalau ada kita geng.wuhuu.




Aku start minum green tea nie, bulan 11 tahun lepas. Baru je lagi. Budak baru belajar apa itu green tea. Jakun la sikit jadinya.hahaha. Tapi seriously aku falling in love dengan green tea nie. Tak tahu la kenapa.hewhew. Dan sekarang nie aku minum GREEN TEA jenama TEH BOH dan GREEN TEA THAI. Best giler tau ! 

Dan ini antara kebaikan green tea yang aku jumpa. Ada antara dia yang aku rasa betul. Ada kesan dia yang aku tak nampak lagi. 



Antara Khasiat Lain Teh Hijau:


Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.



Rawatan kulit 
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try  tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.


Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.


Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.



Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).



Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya. Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.


Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.


Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.



Pencegah kanser
Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.




P/s: Namun perlu diingatkan bahawa teh hijau juga mengandungi kafein, kalau berlebihan pun tak elok.



Okey itu jela. Chow chin chow. Da 👋👋👋

Feb 17, 2016

Allah S.W.T. always with us !







Feb 16, 2016

Aku rindu kau !



Assalamualaikum dan Selamat Malam :)



SAHABAT ! SAHABAT !

Terkadang seseorang lebih memilih untuk tersenyum, Hanya kerena tak ingin menjelaskan kenapa ia bersedih…
Tidakkah rindu masih kau anggap ada, Meski kau tanam dalam-dalam atau kau karamkan di tengah samudera…
Tentangmu, adalah senja yang selalu penuh keindahan dan tentangku, Hanyalah malam yang larut dalam keheningan…
Dan di dadaku, Adalah padang untuk tempat kau semai semua rindu, Hingga rindu ini menunggu kau ambil satu persatu…
Barangkali kesepian tercipta sebagai ruang lengang, Tempat kerinduan datang kala bertandang, Mungkinkah…

#copypaste


Feb 5, 2016

Mereputlah cuti seminggu !



Assalamualaikum semua,


Apa yang mau bikin cuti seminggu raya cina nie? Bakal mereputlah kat rumah.hehe. Tahun nie tahun luck kami pekerja2 dekat ofis akaun tu. Alhamdulillah rezeki.


Eyh baik hati sungguh bos aku tu tahun nie. Bagi bonus, bagi naik gaji, belanja makan. Wah untung besar nie bos.hehe. Syukur sangat-sangat. Tak sangka bos nak baik hati sampai macam tu sekali. Setahun sekali je bos kan bukan selalu.


Yang paling syiok dapat cuti seminggu.  ! Happy tak terhingga aku aihh.


Cuma sekarang tak ada pelan pape. Ada suggestion tak ? 


Sharing sikit ok 😍

Feb 4, 2016

Pendam VS Luahan



Assalamualaikum semua.


Kita hidup tak pernah rasa puas kan ? Perasaan cemburu terhadap orang lain mesti ada kan ? Bagi aku itu normal. 


Dan manusia juga tak pernah lari dari membuat kesilapan, tapi yang penting kita harus belajar dari kesilapan. Baru lah ada peningkatan dalam hidup ye idok ?


Okey berbalik kepada tajuk aku kat atas tu , aku nie ada satu pe'el ataupun perangai yang suka menyendiri bila ada masalah. Aku lebih suka pendamkan perasaan dari aku luahkan. Lain orang lain caranya kan? Tapi tak semua orang boleh terima bila kita pendamkan masalah sebab bila kita pendam benda tu akan ganggu emosi kita. Samada cepat menangis ka, cepat marah ka atau yang paling teruk aku rasa bila tak suka bercakap. Dan aku punya cara aku tak suka bercakap bak kata lain lebih suka mendiamkan diri !


Aku selalu berfikir sampai bila kita kena puaskan hati orang lain kan ? Buat cara kita, jadi diri sendiri ! Jangan hipokrit dengan diri ! 


Setuju ke idok ?


Bai !