Feb 24, 2016

Cantik melecun dengan Vitamin C !



Assalamualaikum dan Selamat Tengahari :)


Ramai yang tahu kan, vitamin c nie baik untuk kulit. Aku sure lah ! Dulu aku cukup tak suka makan supplement atau lebih senang dikaitkan dengan makanan tambahan.

Badan kita nie actually perlukan sesuatu untuk nuetralkan balik toksik-toksik dalam badan. Bila dah terlalu banyak toksik dalam badan mulalah badan cepat penat, muka naik jerawat, selalu rasa stress. Ini apa yang aku rasa lah tau. Tapi sebab lain adalah berpunca dari kerja aku juga.hahaha.

So, bila dah banyak simptom simptom yang negative , dan paling ketara muka aku penuh dengan jerawat (sebelum nie lah) tapi sekarang dah okayy, apa yang aku buat adalah aku ambil supplement. Aku cuba makan VITAMIN C. Disebabkan aku PENGEDAR SAH SHAKLEE, dan malas nak fikir jenama apa yang bagus, aku pun cubalah makan VITAMIN C SHAKLEE. Alhamdulillah banyak perubahan yang aku rasa.


Kalau macam tu, meh baca antara kebaikan vitamin c nie.


Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun 
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser 
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit 
Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia 
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat 
Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



Kalau ada yang salah tolong betulkan yea. Thank you :)


Ok bai ! Chow Chin Chow





No comments: