Feb 22, 2016

Apa yang ada dengan Green Tea ?



Assalamualaikum dan selamat malam :)


Siapa dekat sini suka minum air GREEN TEA? Angkat tangan cepat ! Kalau ada kita geng.wuhuu.




Aku start minum green tea nie, bulan 11 tahun lepas. Baru je lagi. Budak baru belajar apa itu green tea. Jakun la sikit jadinya.hahaha. Tapi seriously aku falling in love dengan green tea nie. Tak tahu la kenapa.hewhew. Dan sekarang nie aku minum GREEN TEA jenama TEH BOH dan GREEN TEA THAI. Best giler tau ! 

Dan ini antara kebaikan green tea yang aku jumpa. Ada antara dia yang aku rasa betul. Ada kesan dia yang aku tak nampak lagi. 



Antara Khasiat Lain Teh Hijau:


Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.



Rawatan kulit 
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try  tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.


Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.


Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.



Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).



Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya. Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.


Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.


Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.



Pencegah kanser
Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.




P/s: Namun perlu diingatkan bahawa teh hijau juga mengandungi kafein, kalau berlebihan pun tak elok.



Okey itu jela. Chow chin chow. Da 👋👋👋

2 comments:

sayidah napisah said...

saya amalkan jugak green tea. terima kasih untuk info yg best ni! :D

Umie Farhana said...

Sama-sama :)