Oct 31, 2013

The Wedding Breaker - Arianna Rose



Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)




Hai korang ! Eyh korang pernah baca novel THE WEDDING BREAKER tak ?
Novel nie sangat-sangat best tau ! Seriously ! heee  





Okey sekarang ini saya dengar yang TWB akan keluar TV uollss .. Dekat TV3 dalam slot AKASIA ..
Sape yang pernah baca NOVEL TWB nie mesti tahu macam mana jalan cerita dia ..


Hmm, dah tahu cerita nie nak keluar mesti nak tahu juga kan sape PELAKON nye kan ? Saya bagitahu siapa HERO dan HEROIN dah la yea .. Sebab itu je yang saya dapat tahu buat masa sekarang nie .. hahaha



HERO 

KEITH FOO

HEROIN

NURFATHIA






SINOPSIS TWB :


Ia menceritakan Ariana Rose (NurFathia) yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil 
(Keith Foo) tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu  luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa,  setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 


Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa  gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.









Ok bai ! Selamat Menunggu TWB keluar SLOT AKASIA .. heee



Oct 30, 2013

PROMOSI - Tudung Bawal Bermanik



Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua ^_^





Ehem ehem sekarang ini saya tengah berjinak-jinak nak berbisnes tau .. heee .. Nak cari side income lerr kononnye .. Doakan yea .. :)



Ada lagi ke orang yang pakai TUDUNG BAWAL ??
Kalau ada BAGUS ! heee Meh usha-usha sekejap dekat sini .. Bukan susah pun usha jer kalau ada yang terbekenan boleh ORDER kalau tak tolong la baca entry-entry yang lama .. hahaaha ..






Close Up sikit ... * maaf pencahayaan kamera tidak berapa ok .


Warna dari bawah ke atas :   HITAM
                                               DARK PINK
                                               BROWN
                                               PURPLE
                                               GRAY


Sebenarnya banyak lagi warna tapi CLOSE UP yang ini dulu ..



 Harga sepasang RM 28 (harga TIDAK termasuk POSTAGE )

 Segala pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U/CASH DEPOSIT

 Sebarang pertanyaan boleh WHATAPPS saya di NO 014-312 5153











Ok bai ! :)

Oct 28, 2013

My Topup Giveaway By Iezwa Razk !




Giveaway ini dianjurkan oleh IEZWA RAZK dengan kerjasama daripada blogger-blogger awesome seperti
 MAWAR BERDURIMOHD NOOR SHAWALANA AHMAD dan ASHYA AZIZ !!


SENARAI HADIAH :-

Topup RM 5 (10 Pemenang)
Topup RM 10 (2 Pemenang)

Tarikh Tamat : 5 NOVEMBER 2013

MUNGKINKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI??
JOIN JANGAN TAK JOIN YE!!




p/s : sebelum terlambat cepat joinnnn !! KLIK BANNER untuk direct ke page OWNER 



Ok Bai !



Oct 26, 2013

GA October By Emas Putih

*STICKY POST SCROLL BAWAH UNTUK ENTRY BARU*



Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)





Tarikh Mula 12 October 2013- 26 October 2013 (00:00am)

Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi





Syarat Wajib

(a)Follow Blog

(b)Like Fanpage


                     

(c) Follow Instagram --> Patiputih (kalau ada insta)

(d) Like Gambar --> LIKE





Jom ramai-ramai memeriahkan GA ini sekarang sebelum terlambat !! 


! KLIK BANNER UNTUK LEBIH LANJUT !



Ok Bai ! :)


Oct 16, 2013

ANAK Wawa Zainal dan Aeril Zafrel



Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)




Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pernikahan dua kali WAWA ZAINAL dan AERIL ZAFREL ..
Siapalah kita untuk menghukum mereka kan ?? Yang pasti ! kita sebagai orang biasa tidak boleh menghukum mereka berdua sesuka hati pasti ada sebab mengapa mereka merahsiakan pernikahan mereka itu ..


Apa yang kita boleh buat hanya mendoakan kebahagian mereka sehingga akhir hayat :)
Betul kan ? Dan, mesti Wawa dan Aeril rasa sudah hilang bebanan yang ditanggung selama merahsiakan perkahwinan mererka kan ? Alhamdulillah .


Selepas mereka berdua membuat pengakuan secara terbuka, baru-baru ini WAWA telah post gambar anaknya yang diberi nama AHMAD FAKHRUDDIN ATTAR di Instagram .. Sungguh comel ! 
Semoga mereka menjaga cahaya mata mereka ini dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang tinggi.. AMIN..




Doakan kebahagian mereka sehingga akhir hayat :)



Ok bai ! :)


Oct 15, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)


SAYA INGIN MENGUCAPKAN .....


Sedikit sebanyak tentang HARI RAYA HAJI @ HARI RAYA AIDILADHA 

  • Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal
  • Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
  • Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
  • Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.






Ok Bai ! :)


Oct 14, 2013

ARGHH MASALAH KELUMUMUR !! Ada petua cara hilangkannya, baca sini



Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Semua :)




ARGHH ADA KELUMUMUR !! 

** carian mr GOOGLE !



Baca tajuk pun dah tahu kan ? Mesti kebanyakkan orang ada masalah KELUMUMUR kan ?
I hate KELUMUMUR so muchh !! Bila kita ada masalah kelumumur semestinya kita akan rasa GATAL sepanjang hari ..


Dan, mesti rasa tak selesa kan ? Tambah-tambah lagi untuk orang yang berHIJAB .. 


OKEY , sekarang saya nak kongsi sedikit TIP-TIP untuk hilangkan kelumumur . Tak perlu guna KOS yang banyak pun !
 SIMPLE DAN CEPAT !


Here we goooo ..


1) LIMAU NIPIS

  • Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.


2) DAUN PANDAN


  • Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan. Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air. Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.


3) SANTAN 

  • Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik. Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.




SENANG SAHAJA KAN ?  SELAMAT MENCUBA :)


Ok bai !


Oct 2, 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME !



Assalamualaikum dan Selamat Pagi ..




Wah tepat pukul 12 tengahmalam tertulislah satu entry untuk wish birthday diri sendiri ! heee... so sweeeettt .. hahahaha




Jom nyanyi sekali ...

" Allah selamatkan Umie , Allah selamatkan Umie , 
Allah selamatkan UMI FARHANA , Allah selamatkan Umieeee ... "


Selamat Hari Lahir UMI FARHANA ZAKARIA ! :)



Dan secara rasminya umur saya genap 25 TAHUN ! Ok fine saya masih muda ! hehehehe .. Jeles lerr tue .. hahaha ...  Dah 25 tahun saya hidup di mukabumi ALLAH SWT ini ..Semoga saya dipanjangkan umur .. Taknak wish banyak-banyak cuma harapkan ALLAH SWT murahkan rezeki saya, diberikan kesihatan yang baik dan supaya cepat dapat kerja TETAP.. AMIN :)


Terbanyak pulakkan ? heee 


Hmm kepada semua yang LAHIR sama tarikh dengan saya , SELAMAT HARI LAHIR juga kepada awak semua . Saya doakan semoga awak semua sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki ..AMIN :)






Ok bai !