Jun 30, 2013

Tahniah KELANTAN ( RED WARRIORS ) !



Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)




Hmmm, mesti semua dah tahu kan pasukan KELANTAN telah memenangi PIALA FA malam tadi ..

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH ! :)
Juara bertahan juga pasukan kelantan ini dengan jaringan kelantan 1 JDT 0 ..
Menang kalah adat permainan so kepada JDT jangan terlalu bersedih cuba lagi pada tahun hadapan yea ! :)













nota kaki : Hmmm , bila PERAK nak masuk final pula nie .. heeee




Jun 8, 2013

Drama Hangat - Teduhan Kasih


Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)




Siapa kat sini yang tengok cerita TEDUHAN KASIH dekat tv3 pukul 7 setiap ISNIN - KHAMIS ..


Siapa tengok kita boleh jadi geng lah  .. Okey geram kan tengok cerita nie ..





Dannnnnnn cerita ini diadaptasi dari NOVEL TEDUHAN KASIH




SINOPSIS TEDUHAN KASIH 


Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.









"Kalau aku jadi iffa tak tahu la boleh bertahan sampai mana .. heeee "




Okey bai ! See you again :)

Jun 3, 2013

SAMSUNG DIGITAL CAMERA GIVEAWAY BY NABEEL FIKREE

Asslamualaikum dan Selamat Tengahari :)
Ada hadiah besar untuk dimenangi ..

JOM JOIN GIVEAWAY nie SEKARANG !




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





okey bai !

GAMBAR : Izzue Islam Sudah Kahwin



Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Siapa tak kenal pelakon cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia kan ?
Alala FARISH tu .. Yang omeeyyy sangat tu .. hehehe
Semalam tanggal 2 JUN , Izzue sudah selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri ..
Awww geram tengok Izzue Islam nie ..hehehe ..
Seronok betul dia ... Ape ape pun .........................


   CONGRATULATION for your WEDDING IZZUE ISLAM dan PASANGAN
   SEMOGA KEKAL SELAMANYA .. AMIN YA RABBAL ALAMIN ..



Jom tengok gambar perkahwinan nye ..
KREDIT gambar kepada OHBULAN !

 












 




Banyak lagi gambar yang anda boleh terjah di 





See you nest time ! Bai :)