Oct 14, 2013

ARGHH MASALAH KELUMUMUR !! Ada petua cara hilangkannya, baca sini



Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Semua :)




ARGHH ADA KELUMUMUR !! 

** carian mr GOOGLE !



Baca tajuk pun dah tahu kan ? Mesti kebanyakkan orang ada masalah KELUMUMUR kan ?
I hate KELUMUMUR so muchh !! Bila kita ada masalah kelumumur semestinya kita akan rasa GATAL sepanjang hari ..


Dan, mesti rasa tak selesa kan ? Tambah-tambah lagi untuk orang yang berHIJAB .. 


OKEY , sekarang saya nak kongsi sedikit TIP-TIP untuk hilangkan kelumumur . Tak perlu guna KOS yang banyak pun !
 SIMPLE DAN CEPAT !


Here we goooo ..


1) LIMAU NIPIS

  • Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.


2) DAUN PANDAN


  • Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan. Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air. Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.


3) SANTAN 

  • Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik. Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.




SENANG SAHAJA KAN ?  SELAMAT MENCUBA :)


Ok bai !


No comments: