Jun 22, 2012

Ada 7 Petua Untuk Lebatkan Rambut ! Jom Cuba Nak ?


Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Sayang-Sayang Semua ^_^







Dah seminggu tak menghupdate belog comel kesayangan I gara-gara masa yang terlalu mencemburi diri I yang gojes nie ! terperasan sekejap >_< ... hikhik .. Ouhh terlalu busy dengan kerja yang tak sepatutnya I buat tapi nak buat cammane lagi itulah satu-satu kerja yang boleh bagi I rezeki di awal bulan .. hikhik .. 










Dah-dah I malas nak bebel panjang-panjang .. I nak teruskan ke AGENDA yang sebenarnya ..
Okey harini I nak share kat you all tips untuk melebatkan rambut anda yang nipis tu ! :D







Sebelum tu kalau nak ada rambut yang cantik baca tips nie dulu !
                                                      ## RAMBUT CANTIK MENAWAN :)





Okey dah settle baca tips tu baca tips nie pulak okey .. Jangan nak terus pangkah browser tu !
I babab tangan tu nanti .. hikhik










ADA 7 PILIHAN YOU ALL BOLEH BUAT ! LETS TRY :)




PILIHAN 1 : GUNA NENAS



Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 min Amalkan tiga kali seminggu.



PILIHAN 2: DAUN RAMBUTAN MUDA



Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali.



PILIHAN 3: MINYAK KELAPA HIJAU BUATAN SENDIRI


Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih. Ulangi selalu dan lihat hasilnya.



PILIHAN 4: DAUN BUNGA RAYA 


Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

PILIHAN 5: DAUN PANDAN


Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur. Kemudian,masukkan sedikit air dan perah. Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau rata dan simpan semalaman. Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.




PILIHAN 6: DAUN ASIN-ASIN


Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa. Lumurkan pada rambut. Biarkan beberapa minit. Kemudian bilas dengan air suam.



PILIHAN 7: SERBUK TEH


Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk embunkan selama satu malam. Setelah itu, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.







Original from : http://ujanasihat.com/petua/petua-melebatkan-rambut/




















Selamat Mencuba Okey :)






















Jumpa Lagi !












7 comments:

fazitaismail said...

haaa boleh gak cuba nie..paling senang guna serbuk teh tu coz mudah nak dpt bahan hehe..

u.m.i.e said...

@fazitaismail try jgn x try .. hehe :D

Nasuha said...

info yang berguna..nk cubalah..

NOSFERATU said...

macam mane nk buat minyak kelapa buatan sendiri 2,,, leh terang kan x?? hahahah

u.m.i.e said...

@NOSFERATU saya pun kurang pasti cara buat dia .. hahaha

ZaidSml said...

???

azwannwinzley said...

Setahu saya untuk dapatkan minyak kelapa ni kene ramas santan tue mengunakan air kelapa tersebut then masak hingga pecah minyak....makan masa yang lama lah...