Apr 11, 2012

Sokong seratus peratus dengan Dato' Siti !



Assalamualaikum dan Selamat Tengahari 
Sayang-Sayang Semua ^_^







Hmm lepas Aaron Aziz menang sebagai bintang paling popular masa ABPBH 2011
timbul cerita pasal Zed Zaidi tak berpuas hati dengan keputusan tu kan ?



I rasa semua orang dah tahu cerita pasal tu betul tak?
Mane taknye lepas-lepas AA menang je terus ZZ update dekat twitter miliknya menyatakan ketidakpuasan hatinya AA menang award tu ..
Dan isunya sebab status kerakyatan AA ..


Bagi pendapat I la kan semua tu rezeki masing-masing, sepatutnya ZZ kena la amik benda tu sebagai satu cabaran untuk terus berusaha menjadi seorang artis yang diminati ramai ..
ABPBH2011 nie adalah berdasarkan undian peminat ..
Kalau ada peminat mesti ada undian ..
Dan juga semuanya berdasarkan mutu lakonan seseorang betul tak ?







Dan I sokong seratus peratus ape yang Dato Siti cakapkan, 

"Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat. Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal. Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri."





Betul tu kalau nama pun dah sumbangkan bakat kat industri seni tambah-tambah lagi semua peminat dah kenal dan suka dengan lakonan AA ..
Memang patut la iktirafkan bakat lakonan AA tu kan tak kira la dia rakyat mane sekalipun ..



Dan apa salahnya bersaing dengan cara yang sihat ..
Tingkatkan mutu lakonan kalau nak diminati oleh peminat-peminat industri Malaysia nie ..





Pape pun semoga AA dan ZZ tidak bermusuhan sesama mereka ok ..












Terima kasih sudi baca kalau rajin singgah lagi !











Jumpa Lagi !













2 comments:

MISS Z BERCELOTEH said...

betul tu.. ne nak ungkit mcm2... jadikan itu sbgai cabaran utk mningkatkan diri

u.m.i.e said...

yup betul2 :)